SK Bukit Sekilau, Kuantan
BP myscience e-Zone 2010 Challenge

About Me

My photo
Bangunan Sekolah Kebangsaan Bukit Sekilau telah disiapkan pembinaannya pada pertengahan penggal satu tahun 1980. Malangnya, oleh kerana ketiadaan perabot, SKBS hanya dapat beroperasi pada 5 Januari, 1981. Pelajar-pelajar perintis di institusi ini adalah 188 pelajar Darjah Satu (113 lelaki dan 75 perempuan). Pelajar-pelajar ini seterusnya ditempatkan dalam 5 kelas : 1 Bijak, 1 Pintar, 1 Rajin, 1 Cerdik dan 1 Usaha. Guru Besar pertama SKBS adalah Madam Chen Chin Fock (dari Sek Men Air Putih, Kuantan). Madam Chen kemudiannya bertukar ke Sek Keb Assunta, Kuantan pada 9 September, 1981. Sementara menunggu Guru Besar baru, Guru Penolong Kanan, En Abdul Hamid b Ali (dari SK Batu Lapan, Kuantan) telah memangku jawatan tersebut sehingga 31 December, 1981. Untuk maklumat selanjutnya, sila lihat 1981 : Staf Perintis SKBS. Perintis SKBS merupakan 9 staf academik (termasuk 2 pentadbir) dan 5 staf bukan akademik. Seterusnya, pada 4 Jun 1983, institusi ini telah dibuka secara rasmi oleh Encik Abdullah, wakil Menteri Besar Pahang. Untuk keterangan lanjut, sila lihat Pembukaan Rasmi Sekolah Kebangsaan Bukit Sekilau.

Thursday, July 15, 2010

TUTUP!

 Murid-murid bekerja keras mewarna 15 keping kad
              Kesan elektrik telah menyumbangkan 12 - 15 % terhadap kesan rumah hijau (Carbon Footprint). Tidak dinafikan kesan ini akan membawa kepada kemudaratan kepada semua hidupan di bumi.
             Sering menjadi masalah di sekolah kami, di waktu rehat masih ada lagi lampu dan kipas yang terpasang walaupun semua murid telah turun ke kantin. Denda juga dilaksanakan kepada kelas-kelas yang mengingkari peraturan ini.
             Mulai 1hb Jun 2010, setelah melakukan satu sesi perbincangan antara guru kami maka keputusan telah diambil untuk melekatkan kad peringatan di setiap kelas. Langkah ini diharapkan dapat mengurangkan pembebasan haba ke lapisan atmosfera. Kami turut mengingati rakan-rakan bijak menggunakan elektrik di sekolah dan rumah.Walaupun ia langkah yang ringkas tetapi hasilnya sangat baik. Setelah seminggu, kami dapati semua lampu dan kipas telah ditutup ketika murid tiada di kelas.
            Sebagai duta Bpmyscience, kami berasa amat gembira dan amat berharap rakan-rakan kami akan meneruskan usaha ini rumah masing-masing.