Murid - murid di atas adalah dari kumpulan Nebula, berjaya mendapat tempat pertama dalam pertandingan Buku Skrap untuk tahun 5. Mereka telah menunjukkan komitment yang baik dan selayaknya untuk menyertai program akhir Bpmyscience ke Ma`Daerah di Terengganu.
Beberapa program peringkat sekolah akan dilakukan oleh murid-murid ini seperti `public speaking' mengenai 'Carbon Footprint' dan kesan terhadap alam sekitar semasa perhimpunan, langkah-langkah yang perlu diambil dan kempen yang telah dan sedang dilakukan oleh pihak sekolah.