Botol plastik air mineral yang dibeli dan dibuang ke dalam tong sampah akan dipungut oleh mereka yang prihatin. Aktiviti ini bukan sahaja dapat membantu alam sekitar tetapi memberi pendapatan kepada golongan pendapatan rendah. Jika tidak ia akan dibuang di kawasan pelupusan sampah atau dibuang di merata-rata tempat. Hampir 50 tan botol plastik dibuang dan tidak dikitar semula.
Tahukah anda bahawa plastik mengambil masa 450 juta tahun untuk mereput!
Oleh itu pihak sekolah telah mengesyorkan murid - murid agar menggunakan botol air mineral sebaliknya membeli botol air yang elok dan boleh dikitar semula. Terdapat beberapa jenis botol air yang tidak boleh dikitar semula. Guru-guru juga menyahut saranan ini dan diucapkan terima kasih.
Digaram di atas menunjukkan kitar semula plastik.
Puan Norizat dan Puan Noriani adalah sebahagian daripada guru yang kerap membawa lebih satu botol air ke sekolah.