SK Bukit Sekilau, Kuantan
BP myscience e-Zone 2010 Challenge

About Me

My photo
Bangunan Sekolah Kebangsaan Bukit Sekilau telah disiapkan pembinaannya pada pertengahan penggal satu tahun 1980. Malangnya, oleh kerana ketiadaan perabot, SKBS hanya dapat beroperasi pada 5 Januari, 1981. Pelajar-pelajar perintis di institusi ini adalah 188 pelajar Darjah Satu (113 lelaki dan 75 perempuan). Pelajar-pelajar ini seterusnya ditempatkan dalam 5 kelas : 1 Bijak, 1 Pintar, 1 Rajin, 1 Cerdik dan 1 Usaha. Guru Besar pertama SKBS adalah Madam Chen Chin Fock (dari Sek Men Air Putih, Kuantan). Madam Chen kemudiannya bertukar ke Sek Keb Assunta, Kuantan pada 9 September, 1981. Sementara menunggu Guru Besar baru, Guru Penolong Kanan, En Abdul Hamid b Ali (dari SK Batu Lapan, Kuantan) telah memangku jawatan tersebut sehingga 31 December, 1981. Untuk maklumat selanjutnya, sila lihat 1981 : Staf Perintis SKBS. Perintis SKBS merupakan 9 staf academik (termasuk 2 pentadbir) dan 5 staf bukan akademik. Seterusnya, pada 4 Jun 1983, institusi ini telah dibuka secara rasmi oleh Encik Abdullah, wakil Menteri Besar Pahang. Untuk keterangan lanjut, sila lihat Pembukaan Rasmi Sekolah Kebangsaan Bukit Sekilau.

Tuesday, July 20, 2010

Tour Le Sekilau


 
Pengeluaran asap, CO2 disebabkan enjin kereta dan motosikal telah diperakui oleh para saintis sebagai salah satu penyumbang terbesar, dalam `Carbon Footprint'. Ia juga memberi kesan pemanasan global.Oleh itu, kami bersama guru telah mengadakan kempen `Tour Le Sekilau'. Setiap pagi selepas bacaan doa, guru kami telah menasihati agar murid-murid yang tinggal berdekatan, supaya berjalan kaki atau berbasikal dan elakkan dari menggunakan kereta dan motosikal.

Seramai 60 orang murd-murid yang tinggal di sekitar Perkampugan Bukit Sekilau menyahut saranan kami. Oleh itu, ganjaran diberi pada setiap murid sebagai penghargaan.










   

Pasukan Berbasikal                                                                      Murid-murid yang berjalan kaki