SK Bukit Sekilau, Kuantan
BP myscience e-Zone 2010 Challenge

About Me

My photo
Bangunan Sekolah Kebangsaan Bukit Sekilau telah disiapkan pembinaannya pada pertengahan penggal satu tahun 1980. Malangnya, oleh kerana ketiadaan perabot, SKBS hanya dapat beroperasi pada 5 Januari, 1981. Pelajar-pelajar perintis di institusi ini adalah 188 pelajar Darjah Satu (113 lelaki dan 75 perempuan). Pelajar-pelajar ini seterusnya ditempatkan dalam 5 kelas : 1 Bijak, 1 Pintar, 1 Rajin, 1 Cerdik dan 1 Usaha. Guru Besar pertama SKBS adalah Madam Chen Chin Fock (dari Sek Men Air Putih, Kuantan). Madam Chen kemudiannya bertukar ke Sek Keb Assunta, Kuantan pada 9 September, 1981. Sementara menunggu Guru Besar baru, Guru Penolong Kanan, En Abdul Hamid b Ali (dari SK Batu Lapan, Kuantan) telah memangku jawatan tersebut sehingga 31 December, 1981. Untuk maklumat selanjutnya, sila lihat 1981 : Staf Perintis SKBS. Perintis SKBS merupakan 9 staf academik (termasuk 2 pentadbir) dan 5 staf bukan akademik. Seterusnya, pada 4 Jun 1983, institusi ini telah dibuka secara rasmi oleh Encik Abdullah, wakil Menteri Besar Pahang. Untuk keterangan lanjut, sila lihat Pembukaan Rasmi Sekolah Kebangsaan Bukit Sekilau.

Tuesday, July 20, 2010

SEDAR SEBELUM TERLAMBAT

Kesan Rumah Hijau,  Ozon menipis dan Pemanasan Global : Tindakan perlu diambil.

Manusia menyedarikah hakikat ini? Sampah dibuang merata-rata. Sampah berbentuk daun dan ranting kayu boleh mereput tetapi manusia mengambil jalan ringkas iaitu bakar sampah. Asap mengganggu lalulintas langsung tidak diendahkan,yang penting rumah bersih. Minggu depan bakar lagi. Biarlah! 

Kajian menunjukkan ,kebanyakan manusia yang berusia 25 sehingga 60 tahun hanya memikirkan cara menambahkan pendapatan. Bagaimana nak langsaikan hutang. Asyik memikir, asap rokok dihembus ke udara dan putung rokok di buang bawah meja. Botol plastik yang baru dibeli setelah yang lama tertinggal di gerai makan. Cuaca panas dimakinya. Hujan dimarahi. Kehendak diri mesti diutamakan tetapi kehendak alam...........

Manusia tidak menyedari bahawa alam tidak bergantung kepada kita tetapi sebalik. Bukit ditarah dan digondol. Dulu hijau, sekarang coklat. Hujan sikit, banjir besar. Kereta tersadai di sana sini. Monyet-monyet berkeliaran di jalan raya. Sesekali terlihat bangkai monyet yang merah berdarah. Apabila bukit dan tanah runtuh, jari tunding menunding. Dia salah! Pelbagai mesyuarat dan kertas kerja dibuat. Tapi semua itu sementara.

Mulakan langkah biarlah yang kecil tetapi konsisten. Kesedaran  perlu disuntik. Semuanya bermula di sekolah dan di rumah. Sehubungan dengan itu, kami guru-guru SKBS cuba menyuntik kesedaran ini walaupun kekangan dengan pelbagai tugasan.

Sewaktu perhimpunan hari Isnin, 19hb Julai 2010, aku diberi peluang bercakap. Takut dan malu. Dah jadi cikgu pun takut, bisik hati. Suara dan tangan mula menggigil. Ku paling ke bukit dan ketenangan menjelma. Aku sayangkan Bukit Sekilau. Perasaan risau terpahat dihati jika satu hari nanti, Bukit Sekilau akan ditelan dengan kerakusan manusia.

Aku berucap sambil bersoal jawab. Nasib baik murid-murid SKBS dapat respon yang baik. Lega! Aku bercerita tentang `Carbon Footprint' dan `Global warming'. Duta BPmyscienceSKBS turut menyampai maklumat untuk semua.
   
Kami wakil BPmyscience telah mencuba dan terus mencuba demi Bumi yang tercinta. SELAMATKAN BUMI!!

 Kami, generasi masa depan yang akan mempertahankan kehijauan Bukit Sekilau