Keindahan alam semulajadi yang terkawal. Pepohon hutan yang megah tumbuh boleh dilihat dari sekolah kami. Kadangkala kami dapat melihat monyet melompat dari bumbung ke bumbung rumah yang lain. Bangau putih mencari makan di padang ketika hujan lebat. Helang berterbangan di langit mencari mangsa. Sebagai guru sains, ciptaan Allah ini mudah dikaitkan dalam tajuk siratan dan rantai makanan.
Tumbuhan merupakan pengeluar dalam siratan makanan. Tumbuhan menyumbangkan oksigen yang dihasilkan semasa proses fotosintesis. Ia membantu menebalkan lapisan atmosfera, seterusnya mengurangkan pemanasan global. Udara di Bukit Sekilau amat berbeza dari pagi sehinggalah malam jika dibandingkan di kawasan bandar.