SK Bukit Sekilau, Kuantan
BP myscience e-Zone 2010 Challenge

About Me

My photo
Bangunan Sekolah Kebangsaan Bukit Sekilau telah disiapkan pembinaannya pada pertengahan penggal satu tahun 1980. Malangnya, oleh kerana ketiadaan perabot, SKBS hanya dapat beroperasi pada 5 Januari, 1981. Pelajar-pelajar perintis di institusi ini adalah 188 pelajar Darjah Satu (113 lelaki dan 75 perempuan). Pelajar-pelajar ini seterusnya ditempatkan dalam 5 kelas : 1 Bijak, 1 Pintar, 1 Rajin, 1 Cerdik dan 1 Usaha. Guru Besar pertama SKBS adalah Madam Chen Chin Fock (dari Sek Men Air Putih, Kuantan). Madam Chen kemudiannya bertukar ke Sek Keb Assunta, Kuantan pada 9 September, 1981. Sementara menunggu Guru Besar baru, Guru Penolong Kanan, En Abdul Hamid b Ali (dari SK Batu Lapan, Kuantan) telah memangku jawatan tersebut sehingga 31 December, 1981. Untuk maklumat selanjutnya, sila lihat 1981 : Staf Perintis SKBS. Perintis SKBS merupakan 9 staf academik (termasuk 2 pentadbir) dan 5 staf bukan akademik. Seterusnya, pada 4 Jun 1983, institusi ini telah dibuka secara rasmi oleh Encik Abdullah, wakil Menteri Besar Pahang. Untuk keterangan lanjut, sila lihat Pembukaan Rasmi Sekolah Kebangsaan Bukit Sekilau.

Thursday, July 8, 2010

Carbon Challenge bersama BP

Carbon Challenge - Makmal Sains SKBS


 


 

  --CATATAN MURID--


1hb. Julai 2010

           Sesi `Carbon Challenge' hampir tiba dan saya begitu teruja. Pelbagai tanda tanya bermain di minda. Walaupun ada pertandingan buku skrap untuk tajuk yang sama, namun begitu masih ada yang saya tidak faham. Tiba hari yang dinantikan, sekumpulan pegawai dari BP hadir dengan bagasi yang besar-besar. `Tentu banyak hadiah' komen rakan-rakan saya. Seterusnya, cikgu Rogayah tampil ke depan untuk memperkenalkan penceramah, Puan Raja Tatina bt  Raja Musa maka sesi pun bermula.






Pegawai BP, Puan Raja Tatina dengan cerianya bersoal jawab dengan kami mengenai `carbon footprint' .












Puan Raja Tatina mengajukan pelbagai soalan. Setiap soalan yang betul, kami mendapat ganjaran dari rakan sejawat Puan Raja Tatina. Jawapan yang salah akan diperbetulkan. Kami berasa sungguh gembira apabila mendapat ganjaran dan ingin mencuba menjawab soalan.

Saya dan rakan-rakan sedang mendengar dengan teliti maklumat dan soalan yang diberi.



Kami dibahagikan kepada 6 kumpulan. Setiap kumpulan diberi sekeping sampul yang mengandungi gambar yang berkaitan. Kami diberi masa 10 minit untuk menyiapkan `story board'.









Cikgu Romzi juga turut serta dalam aktiviti ini. Kami juga dibantu oleh sukarelawan dari syarikat BP.







Murid-murid dari pelbagai kelas tahun 4 dan 5 bergembira sambil belajar.






Salah satu kumpulan membentangkan maklumat


Kumpulan Energy Champion telah mendapat tempat kedua dalam sesi pembentangan.
   Kami berasa amat gembira bukan kerana hadiah yang didapati tetapi maklumat yang diperolehi. Walaupun kami mengamalkan pengurangan `carbon footprint' tapi kami tidak menyedarinya. Program ini membuatkan kami lebih jelas dan prihatin terhadap alam sekitar.Antara aktivitinya ialah:-
  • Kitar semula bahan-bahan terbuang
  • Penanaman pokok di rumah dan sekolah
  • Tutup peralatan elektrik yang tidak digunakan
  • Amalkan 3R
  • Memurnikan taman di rumah dan sekolah
  • Menjaga  kebersihan alam sekitar

Terima Kasih BP.

Nukilan: 
Nur Amirah bt. Elias
 5 Ibnu Khaldun