Switch merupakan kempen dengan kerjasama Kementerian Pendidikan dan Tenaga Nasional. Kempen ini bertujuan mendedahkan kepada murid mengenai cara penjimatan tenaga elektrik.Sekolah dibekalkan dengan buku panduan yang mesra murid. Murid - murid tertarik kerana terdapat karikator.
Apa itu tenaga? Tenaga adalah keupayaan bekerja atau berfungsi. Tenaga terbahagi kepada dua iaitu tenaga boleh diperbaharui (Renewable energy)dan tenaga tidak boleh diperbaharui (Non- Renewable Energy). Salah satu jenis tenaga adalah tenega elektrik. Tenaga elektrik di negara kita, adalah dari sumber air atau janakuasa hidroelektrik.
Pada minggu ini, tahun 6 menghadapi percubaan UPSR. Oleh itu, guru kami tidak dapat memberi taklimat pada semua murid secara serentak. Lagi pun, hanya 50 naskah dibekalkan kepada sekolah.
Walapun begitu, kami faham bahawa pembebasan haba oleh tenaga elektrik boleh mengakibatkan penipisan lapisan ozon dan kesan pemanasan global. Penjimatan elektrik ini akan dipraktik sama ada di rumah atau pun di sekolah.