Teknologi semakin maju. Kenderaan semakin canggih. Namun begitu masih ada syarikat pengangkutan yang tak endah mengenai isu pencemaran udara. Pihak kuasa telah mengadakan pelbagai kempen dan undang-undang telah pun diwartakan. Kami bersyukur masalah pencemaran udara di tempat kami terkawal, mungkin kerana kempen berbasikal dan berjalan kaki. Pihak ibu bapa juga bersetuju dengan cadangan tersebut. Pernah kami terserempak dengan murid yang berjalan 2 - 3 km dari rumah bersama bapanya. Kami berasa terharu. Malangnya kami tidak dapat merakam kejadian ini.
Udara amat penting manusia, haiwan dan tumbuhan. Tumbuhan amat penting untuk meningkatkan bekalan oksigen. Pepohon yang banyak menyegarkan udara di sekolah kami. Ketika di padang, asap atau pencemaran tidak dapat mengganggu kami ketika bermain kerana pokok-pokok yang ditanam disekeliling padang.
Langkah atasi pencemaran perlu kerjasama semua baik individu, masyarakat, pemimpin dan peringkat antarabangsa. Undang - undang perlu dikuatkuasakan. Kempen perlu diadakan sekerap mungkin. Udara bersih dapat memanjangkan umur kita.Fikirkanlah.
BP myscience e-Zone 2010 Challenge
About Me
- SK Bukit Sekilau, Kuantan Admin
- Bangunan Sekolah Kebangsaan Bukit Sekilau telah disiapkan pembinaannya pada pertengahan penggal satu tahun 1980. Malangnya, oleh kerana ketiadaan perabot, SKBS hanya dapat beroperasi pada 5 Januari, 1981. Pelajar-pelajar perintis di institusi ini adalah 188 pelajar Darjah Satu (113 lelaki dan 75 perempuan). Pelajar-pelajar ini seterusnya ditempatkan dalam 5 kelas : 1 Bijak, 1 Pintar, 1 Rajin, 1 Cerdik dan 1 Usaha. Guru Besar pertama SKBS adalah Madam Chen Chin Fock (dari Sek Men Air Putih, Kuantan). Madam Chen kemudiannya bertukar ke Sek Keb Assunta, Kuantan pada 9 September, 1981. Sementara menunggu Guru Besar baru, Guru Penolong Kanan, En Abdul Hamid b Ali (dari SK Batu Lapan, Kuantan) telah memangku jawatan tersebut sehingga 31 December, 1981. Untuk maklumat selanjutnya, sila lihat 1981 : Staf Perintis SKBS. Perintis SKBS merupakan 9 staf academik (termasuk 2 pentadbir) dan 5 staf bukan akademik. Seterusnya, pada 4 Jun 1983, institusi ini telah dibuka secara rasmi oleh Encik Abdullah, wakil Menteri Besar Pahang. Untuk keterangan lanjut, sila lihat Pembukaan Rasmi Sekolah Kebangsaan Bukit Sekilau.