SK Bukit Sekilau, Kuantan
BP myscience e-Zone 2010 Challenge

About Me

My photo
Bangunan Sekolah Kebangsaan Bukit Sekilau telah disiapkan pembinaannya pada pertengahan penggal satu tahun 1980. Malangnya, oleh kerana ketiadaan perabot, SKBS hanya dapat beroperasi pada 5 Januari, 1981. Pelajar-pelajar perintis di institusi ini adalah 188 pelajar Darjah Satu (113 lelaki dan 75 perempuan). Pelajar-pelajar ini seterusnya ditempatkan dalam 5 kelas : 1 Bijak, 1 Pintar, 1 Rajin, 1 Cerdik dan 1 Usaha. Guru Besar pertama SKBS adalah Madam Chen Chin Fock (dari Sek Men Air Putih, Kuantan). Madam Chen kemudiannya bertukar ke Sek Keb Assunta, Kuantan pada 9 September, 1981. Sementara menunggu Guru Besar baru, Guru Penolong Kanan, En Abdul Hamid b Ali (dari SK Batu Lapan, Kuantan) telah memangku jawatan tersebut sehingga 31 December, 1981. Untuk maklumat selanjutnya, sila lihat 1981 : Staf Perintis SKBS. Perintis SKBS merupakan 9 staf academik (termasuk 2 pentadbir) dan 5 staf bukan akademik. Seterusnya, pada 4 Jun 1983, institusi ini telah dibuka secara rasmi oleh Encik Abdullah, wakil Menteri Besar Pahang. Untuk keterangan lanjut, sila lihat Pembukaan Rasmi Sekolah Kebangsaan Bukit Sekilau.

Wednesday, July 7, 2010

Berbakti kepada bukit, berjasa kepada masyarakat


              2 Julai 2010 - Bukit Sekilau telah memainkan peranan utama dalam perubahan cuaca kepada kami di SKBS. Sempena program anjuran BP, kami mengambil inisiatif untuk berjasa kepada salah satu faktor utama yang menyumbangkan udara yang amat segar di waktu pagi. Kami mendapat kerjasama sepenuhnya dari ketua kampung dan penduduk setempat untuk bergotong - royong membersihkan takungan air di atas bukit tersebut.



Ketua kampung, salah seorang penduduk kampung dan guru - guru mengawasi keselamatan murid-murid yang menjalankan aktiviti gotong -royong.
Dari kiri: Ketua kampung Bukit Sekilau turut serta memerhati kami memulakan operasi membersihkan takungan air. 


Murid-murid dan guru membuang daun-daun kering dan sampah sarap dalam takungan air dan dibantu oleh penduduk kampung.


Murid-murid membersihkan takungan air dari air terjun.




Takungan Bukit Sekilau terdiri daripada dua iaitu atas dan bawah.

Bekalan air dari takungan air akan disalurkan kepada rumah-rumah dan surau SKBS. Bekalan air amat berguna semasa bekalan air dari JBA terputus.


Kami bergambar di kaki Bukit Sekilau. 
Kami akhirnya selesai membersihkan takungan dan dalam keadaan keletihan.