SK Bukit Sekilau, Kuantan
BP myscience e-Zone 2010 Challenge

About Me

My photo
Bangunan Sekolah Kebangsaan Bukit Sekilau telah disiapkan pembinaannya pada pertengahan penggal satu tahun 1980. Malangnya, oleh kerana ketiadaan perabot, SKBS hanya dapat beroperasi pada 5 Januari, 1981. Pelajar-pelajar perintis di institusi ini adalah 188 pelajar Darjah Satu (113 lelaki dan 75 perempuan). Pelajar-pelajar ini seterusnya ditempatkan dalam 5 kelas : 1 Bijak, 1 Pintar, 1 Rajin, 1 Cerdik dan 1 Usaha. Guru Besar pertama SKBS adalah Madam Chen Chin Fock (dari Sek Men Air Putih, Kuantan). Madam Chen kemudiannya bertukar ke Sek Keb Assunta, Kuantan pada 9 September, 1981. Sementara menunggu Guru Besar baru, Guru Penolong Kanan, En Abdul Hamid b Ali (dari SK Batu Lapan, Kuantan) telah memangku jawatan tersebut sehingga 31 December, 1981. Untuk maklumat selanjutnya, sila lihat 1981 : Staf Perintis SKBS. Perintis SKBS merupakan 9 staf academik (termasuk 2 pentadbir) dan 5 staf bukan akademik. Seterusnya, pada 4 Jun 1983, institusi ini telah dibuka secara rasmi oleh Encik Abdullah, wakil Menteri Besar Pahang. Untuk keterangan lanjut, sila lihat Pembukaan Rasmi Sekolah Kebangsaan Bukit Sekilau.

Thursday, July 29, 2010

Semangat seorang guru

"Sudah menjadi kelaziman saya untuk mengumpul kertas-kertas yang terpakai di bilik guru ini. Kertas-kertas ini akan dibawa balik ke rumah dan dijual untuk dikitar semula. Bukan kerana duit tetapi kerana sayangkan bumi" ujar Ustazah Afzan. Beliau telah mengamalkan tabiat sejak lebih dari 3 tahun. Sikapnya yang sangat prihatin terhadap kitar semula telah menarik perhatian kami dan ingin dikongsi bersama. Semangat beliau akan kami terapkan dalam jiwa kami dan kami juga mula mempraktikkan amalan murni ini.
 

Ustazah Afzan terjumpa selonggok kertas di dalam tong sampah. Dengan segera beliau mengambil dan meletakkan dalam kotak `kitar semula'nya. Terima kasih cikgu.