SK Bukit Sekilau, Kuantan
BP myscience e-Zone 2010 Challenge

About Me

My photo
Bangunan Sekolah Kebangsaan Bukit Sekilau telah disiapkan pembinaannya pada pertengahan penggal satu tahun 1980. Malangnya, oleh kerana ketiadaan perabot, SKBS hanya dapat beroperasi pada 5 Januari, 1981. Pelajar-pelajar perintis di institusi ini adalah 188 pelajar Darjah Satu (113 lelaki dan 75 perempuan). Pelajar-pelajar ini seterusnya ditempatkan dalam 5 kelas : 1 Bijak, 1 Pintar, 1 Rajin, 1 Cerdik dan 1 Usaha. Guru Besar pertama SKBS adalah Madam Chen Chin Fock (dari Sek Men Air Putih, Kuantan). Madam Chen kemudiannya bertukar ke Sek Keb Assunta, Kuantan pada 9 September, 1981. Sementara menunggu Guru Besar baru, Guru Penolong Kanan, En Abdul Hamid b Ali (dari SK Batu Lapan, Kuantan) telah memangku jawatan tersebut sehingga 31 December, 1981. Untuk maklumat selanjutnya, sila lihat 1981 : Staf Perintis SKBS. Perintis SKBS merupakan 9 staf academik (termasuk 2 pentadbir) dan 5 staf bukan akademik. Seterusnya, pada 4 Jun 1983, institusi ini telah dibuka secara rasmi oleh Encik Abdullah, wakil Menteri Besar Pahang. Untuk keterangan lanjut, sila lihat Pembukaan Rasmi Sekolah Kebangsaan Bukit Sekilau.

Thursday, July 29, 2010

Konsert Hijau

22 hb Julai
         Majlis Pelancaran Kempen 3R dan BPMyscience telah pun dirasmikan. Maka, kami telah mengatur konsert secara ringkas. Konsert melibat 3 kumpulan sahaja dimana kami menyanyikan lagu-lagu mengenai cintai alam sekitar dan nasyid sejagat. Terima kasih kepada kumpulan nasyid dari tahun 6 kerana turut serta dalam acara ini. Konsert ini bertujuan untuk menyampaikan semangat cintakan alam sekitar melalui lagu .Duta BPmyscience menyampai sebuah lagu bertajuk Hijau dari penyanyi asalnya Zainal Abidin. Ia berjalan lancar selepas majlis perasmian di kantin sekolah.