SK Bukit Sekilau, Kuantan
BP myscience e-Zone 2010 Challenge

About Me

My photo
Bangunan Sekolah Kebangsaan Bukit Sekilau telah disiapkan pembinaannya pada pertengahan penggal satu tahun 1980. Malangnya, oleh kerana ketiadaan perabot, SKBS hanya dapat beroperasi pada 5 Januari, 1981. Pelajar-pelajar perintis di institusi ini adalah 188 pelajar Darjah Satu (113 lelaki dan 75 perempuan). Pelajar-pelajar ini seterusnya ditempatkan dalam 5 kelas : 1 Bijak, 1 Pintar, 1 Rajin, 1 Cerdik dan 1 Usaha. Guru Besar pertama SKBS adalah Madam Chen Chin Fock (dari Sek Men Air Putih, Kuantan). Madam Chen kemudiannya bertukar ke Sek Keb Assunta, Kuantan pada 9 September, 1981. Sementara menunggu Guru Besar baru, Guru Penolong Kanan, En Abdul Hamid b Ali (dari SK Batu Lapan, Kuantan) telah memangku jawatan tersebut sehingga 31 December, 1981. Untuk maklumat selanjutnya, sila lihat 1981 : Staf Perintis SKBS. Perintis SKBS merupakan 9 staf academik (termasuk 2 pentadbir) dan 5 staf bukan akademik. Seterusnya, pada 4 Jun 1983, institusi ini telah dibuka secara rasmi oleh Encik Abdullah, wakil Menteri Besar Pahang. Untuk keterangan lanjut, sila lihat Pembukaan Rasmi Sekolah Kebangsaan Bukit Sekilau.

Saturday, July 31, 2010

HARI TANPA BEG PLASTIK


Setiap hari Sabtu mulai 24 Julai 2010 setiap pasaraya besar seperti Giant dan Carefour tidak akan memberi beg plastik secara percuma. Caj RM0.20 akan dikenakan jika pelanggan perlukan beg plastik. Kempen ini bertujuan untuk mengurangkan penggunaan beg plastik dan menggantikan beg serba guna. Plastik memerlukan 450 tahun untuk reput.Banyak keburukan, contohnya beg plastik yang dibuang ke dalam sungai akan menjejaskan kehidupan ikan.Ketika di salah sebuah pasaraya di Kuantan, saya tergerak untuk menyokong kempen ini, lagipun saya adalah duta BP myscience. Maka saya telah membeli beg serba guna dan menolak penggunaan beg plastik.