SK Bukit Sekilau, Kuantan
BP myscience e-Zone 2010 Challenge

About Me

My photo
Bangunan Sekolah Kebangsaan Bukit Sekilau telah disiapkan pembinaannya pada pertengahan penggal satu tahun 1980. Malangnya, oleh kerana ketiadaan perabot, SKBS hanya dapat beroperasi pada 5 Januari, 1981. Pelajar-pelajar perintis di institusi ini adalah 188 pelajar Darjah Satu (113 lelaki dan 75 perempuan). Pelajar-pelajar ini seterusnya ditempatkan dalam 5 kelas : 1 Bijak, 1 Pintar, 1 Rajin, 1 Cerdik dan 1 Usaha. Guru Besar pertama SKBS adalah Madam Chen Chin Fock (dari Sek Men Air Putih, Kuantan). Madam Chen kemudiannya bertukar ke Sek Keb Assunta, Kuantan pada 9 September, 1981. Sementara menunggu Guru Besar baru, Guru Penolong Kanan, En Abdul Hamid b Ali (dari SK Batu Lapan, Kuantan) telah memangku jawatan tersebut sehingga 31 December, 1981. Untuk maklumat selanjutnya, sila lihat 1981 : Staf Perintis SKBS. Perintis SKBS merupakan 9 staf academik (termasuk 2 pentadbir) dan 5 staf bukan akademik. Seterusnya, pada 4 Jun 1983, institusi ini telah dibuka secara rasmi oleh Encik Abdullah, wakil Menteri Besar Pahang. Untuk keterangan lanjut, sila lihat Pembukaan Rasmi Sekolah Kebangsaan Bukit Sekilau.

Saturday, July 24, 2010

3R

  3R -  Reduce, Recycle and Reuse.

Cabaran utama dalam mengurangkan pemanasan global adalah dengan menggalakkan kitar semula, pengurangan dan guna semula. Sikap ini perlu diterapkan dalam setiap individu di sekolah tidak mengira guru atau murid. Pihak pentadbiran sekolah SKBS merasakan program sebegini amat penting dan perlu pelaksanaan yang konsisten. Sehubungan dengan itu, Majlis Pelancaran Kempen 3R dijalankan di kantin sekolah pada hari Rabu, 21hb Julai 2010. Program ini adalah dengan kerjasama 3 kelab utama iaitu Kelab Alam Sekitar, Kelab Komputer dan Kelab Pencegahan Jenayah. Ia dirasmikan oleh GPK Koko, Puan Noriati bt Yusof. Tambahan dari itu, Puan Norhaili juga menyelitkan program ini dengan  mendedahkan laman blog sekolah dengan BPmyscience. Duta BPmyscience bertanggungjawab dalam melicinkan majlis  serta pada masa yang sama mengawasi pertandingan melukis yang juga dijalankan di pusat sumber sekolah.