SK Bukit Sekilau, Kuantan
BP myscience e-Zone 2010 Challenge

About Me

My photo
Bangunan Sekolah Kebangsaan Bukit Sekilau telah disiapkan pembinaannya pada pertengahan penggal satu tahun 1980. Malangnya, oleh kerana ketiadaan perabot, SKBS hanya dapat beroperasi pada 5 Januari, 1981. Pelajar-pelajar perintis di institusi ini adalah 188 pelajar Darjah Satu (113 lelaki dan 75 perempuan). Pelajar-pelajar ini seterusnya ditempatkan dalam 5 kelas : 1 Bijak, 1 Pintar, 1 Rajin, 1 Cerdik dan 1 Usaha. Guru Besar pertama SKBS adalah Madam Chen Chin Fock (dari Sek Men Air Putih, Kuantan). Madam Chen kemudiannya bertukar ke Sek Keb Assunta, Kuantan pada 9 September, 1981. Sementara menunggu Guru Besar baru, Guru Penolong Kanan, En Abdul Hamid b Ali (dari SK Batu Lapan, Kuantan) telah memangku jawatan tersebut sehingga 31 December, 1981. Untuk maklumat selanjutnya, sila lihat 1981 : Staf Perintis SKBS. Perintis SKBS merupakan 9 staf academik (termasuk 2 pentadbir) dan 5 staf bukan akademik. Seterusnya, pada 4 Jun 1983, institusi ini telah dibuka secara rasmi oleh Encik Abdullah, wakil Menteri Besar Pahang. Untuk keterangan lanjut, sila lihat Pembukaan Rasmi Sekolah Kebangsaan Bukit Sekilau.

Monday, July 26, 2010

Menuju Puncak Sekilau

Terima kasih BP Chem! 

Kami warga SKBS amat berbesar hati menerima projek dan program yang dianjurkan oleh pihak BP. 

Sekolah kami bersebelahan dengan Bukit Sekilau yang menghijau dengan pokok-pokok hutan. Awal pagi, boleh kedengaran bunyi-bunyian burung. Ketika mendaki tangga dari tingkat bawah ke 2, guru dan murid dapat melihat kehijauan yang terbentang di depan mata. Rasa marah dan geram kepada murid, hilang apabila melihat kehijauan lanskap ciptaan tuhan.

Bukit Sekilau banyak menabur jasa kepada penduduk setempat di Perkampungan Bukit Sekilau. Punca air utama penduduk di sini datangnya dari mata air bukit tersebut. Udara yang segar amat berbeza dari udara di bandar sungguhpun kami berdekatan  kira-kira 1 km dari bandar. 

Bukit ini juga berkhidmat untuk sekolah kami, mulai tahun 2009 bekalan air dari bukit telah disalurkan ke sekolah melalui surau sekolah.  Air yang sejuk dan segar itu digunakan untuk murid-murid Islam mengambil air sembanyang terutama bekalan air yang dibekalkan oleh pihak berkuasa terputus.

Sebagai terima kasih kami, warga sekilau, pelbagai projek telah dan akan dijalankan untuk menghijaukan dan menceriakan lagi sekolah kami. Pelbagai pihak telah memberi kerjasama yang begitu baik.