SK Bukit Sekilau, Kuantan
BP myscience e-Zone 2010 Challenge

About Me

My photo
Bangunan Sekolah Kebangsaan Bukit Sekilau telah disiapkan pembinaannya pada pertengahan penggal satu tahun 1980. Malangnya, oleh kerana ketiadaan perabot, SKBS hanya dapat beroperasi pada 5 Januari, 1981. Pelajar-pelajar perintis di institusi ini adalah 188 pelajar Darjah Satu (113 lelaki dan 75 perempuan). Pelajar-pelajar ini seterusnya ditempatkan dalam 5 kelas : 1 Bijak, 1 Pintar, 1 Rajin, 1 Cerdik dan 1 Usaha. Guru Besar pertama SKBS adalah Madam Chen Chin Fock (dari Sek Men Air Putih, Kuantan). Madam Chen kemudiannya bertukar ke Sek Keb Assunta, Kuantan pada 9 September, 1981. Sementara menunggu Guru Besar baru, Guru Penolong Kanan, En Abdul Hamid b Ali (dari SK Batu Lapan, Kuantan) telah memangku jawatan tersebut sehingga 31 December, 1981. Untuk maklumat selanjutnya, sila lihat 1981 : Staf Perintis SKBS. Perintis SKBS merupakan 9 staf academik (termasuk 2 pentadbir) dan 5 staf bukan akademik. Seterusnya, pada 4 Jun 1983, institusi ini telah dibuka secara rasmi oleh Encik Abdullah, wakil Menteri Besar Pahang. Untuk keterangan lanjut, sila lihat Pembukaan Rasmi Sekolah Kebangsaan Bukit Sekilau.

Friday, July 30, 2010

Hentikan CFC


 








 CFC atau nama saintifiknya chlorofluorokarbon merupakan sebatian molekul yang menyumbang dalam penipisan lapisan ozone. 1 molekul chlorine boleh memusnahkan beribu-ribu molekul oksigen di lapisan ozone. Produk yang mengandungi CFC adalah terdiri daripada bahan aerosol. Bahan ini kerap digunakan untuk membunuh serangga perosak. Oleh itu, kami telah membuat kajian dengan menggunakan bahan-bahan yang boleh didapati di dapur. Cili memberi rasa panas dan tidak selesa pada serangga manakala bawang putih mengeluarkan  bau busuk untuk menghalau serangga perosak.

Bahan-Bahan
  1.  Bawang putih
  2.  Cili kering / cili api
  3.  Air 

Cara membuatnya:
Bawang putih dan cili kering ditumbuk bersama. Kemudian ambil secawan dan kacau campuran. Tapiskan campuran dan isikan dalam bekas penyembur (yang boleh dikitar semula). Semburkan larutan itu pada tumbuhan. Pasti tiada serangga selepas sehari.Produk ini selamat dan mesra alam.Selamat mencuba.


Bersama kita menyelamat bumi kita.