SK Bukit Sekilau, Kuantan
BP myscience e-Zone 2010 Challenge

About Me

My photo
Bangunan Sekolah Kebangsaan Bukit Sekilau telah disiapkan pembinaannya pada pertengahan penggal satu tahun 1980. Malangnya, oleh kerana ketiadaan perabot, SKBS hanya dapat beroperasi pada 5 Januari, 1981. Pelajar-pelajar perintis di institusi ini adalah 188 pelajar Darjah Satu (113 lelaki dan 75 perempuan). Pelajar-pelajar ini seterusnya ditempatkan dalam 5 kelas : 1 Bijak, 1 Pintar, 1 Rajin, 1 Cerdik dan 1 Usaha. Guru Besar pertama SKBS adalah Madam Chen Chin Fock (dari Sek Men Air Putih, Kuantan). Madam Chen kemudiannya bertukar ke Sek Keb Assunta, Kuantan pada 9 September, 1981. Sementara menunggu Guru Besar baru, Guru Penolong Kanan, En Abdul Hamid b Ali (dari SK Batu Lapan, Kuantan) telah memangku jawatan tersebut sehingga 31 December, 1981. Untuk maklumat selanjutnya, sila lihat 1981 : Staf Perintis SKBS. Perintis SKBS merupakan 9 staf academik (termasuk 2 pentadbir) dan 5 staf bukan akademik. Seterusnya, pada 4 Jun 1983, institusi ini telah dibuka secara rasmi oleh Encik Abdullah, wakil Menteri Besar Pahang. Untuk keterangan lanjut, sila lihat Pembukaan Rasmi Sekolah Kebangsaan Bukit Sekilau.

Friday, July 23, 2010

Ada Taman Orkid

       Alam Flora dan Fauna amat penting dalam mengimbangi kehidupan di bumi. Flora memberi oksigen kepada kita. Keindahan flora dengan pelbagai warna dan bentuk mententeram jiwa setiap manusia. Tambahan, flora juga merupakan habitat bagi semua haiwan.
      Sekolah kami telah menanam pelbagai jenis spesis tumbuhan seperti pokok bunga raya, bunga kertas, pokok paku-pakis dan lain-lain. Taman-taman kecil diwujudkan di sekitar sekolah. Walaupun tengah hari, murid-murid masih dapat duduk di taman-taman yang disediakan. Pada waktu rehat, taman digunakan tempat untuk menyiapkan kerja sekolah, mengulangkaji pelajaran maupun menjamah makanan.
     Pada bulan Mei, sebuah lagi taman ini telah dibina oleh sekumpulan guru-guru pendidikan khas bersama dengan ibu bapa. Komitmen ibu bapa amat dihargai oleh kami.  Taman ini dinamakan ADA ORCHIDS PARK. Pelbagai spesis orkid dipamerkan di sekeliling pondok. Sungguh cantik.