SK Bukit Sekilau, Kuantan
BP myscience e-Zone 2010 Challenge

About Me

My photo
Bangunan Sekolah Kebangsaan Bukit Sekilau telah disiapkan pembinaannya pada pertengahan penggal satu tahun 1980. Malangnya, oleh kerana ketiadaan perabot, SKBS hanya dapat beroperasi pada 5 Januari, 1981. Pelajar-pelajar perintis di institusi ini adalah 188 pelajar Darjah Satu (113 lelaki dan 75 perempuan). Pelajar-pelajar ini seterusnya ditempatkan dalam 5 kelas : 1 Bijak, 1 Pintar, 1 Rajin, 1 Cerdik dan 1 Usaha. Guru Besar pertama SKBS adalah Madam Chen Chin Fock (dari Sek Men Air Putih, Kuantan). Madam Chen kemudiannya bertukar ke Sek Keb Assunta, Kuantan pada 9 September, 1981. Sementara menunggu Guru Besar baru, Guru Penolong Kanan, En Abdul Hamid b Ali (dari SK Batu Lapan, Kuantan) telah memangku jawatan tersebut sehingga 31 December, 1981. Untuk maklumat selanjutnya, sila lihat 1981 : Staf Perintis SKBS. Perintis SKBS merupakan 9 staf academik (termasuk 2 pentadbir) dan 5 staf bukan akademik. Seterusnya, pada 4 Jun 1983, institusi ini telah dibuka secara rasmi oleh Encik Abdullah, wakil Menteri Besar Pahang. Untuk keterangan lanjut, sila lihat Pembukaan Rasmi Sekolah Kebangsaan Bukit Sekilau.

Thursday, July 15, 2010

Mari Berkebun

Berkebun ialah satu aktiviti mingguan yang selalu dilakukan oleh murid-murid Pendidikan Khas bersama guru-guru. Di samping dapat menuai hasil, kita juga dapat mengeluarkan keringat agar sentiasa sihat. Usaha ini juga dapat mewujudkan persekitaran yang segar dan bersih. 


Menggembur tanah dan menyediakan batas
      Labu                                                                            Kacang Bendi    
                                                                    
                                Ulam Raja                              Pokok Bunga Raya
Pokok Kacang Botol

Terung Bulat