SK Bukit Sekilau, Kuantan
BP myscience e-Zone 2010 Challenge

About Me

My photo
Bangunan Sekolah Kebangsaan Bukit Sekilau telah disiapkan pembinaannya pada pertengahan penggal satu tahun 1980. Malangnya, oleh kerana ketiadaan perabot, SKBS hanya dapat beroperasi pada 5 Januari, 1981. Pelajar-pelajar perintis di institusi ini adalah 188 pelajar Darjah Satu (113 lelaki dan 75 perempuan). Pelajar-pelajar ini seterusnya ditempatkan dalam 5 kelas : 1 Bijak, 1 Pintar, 1 Rajin, 1 Cerdik dan 1 Usaha. Guru Besar pertama SKBS adalah Madam Chen Chin Fock (dari Sek Men Air Putih, Kuantan). Madam Chen kemudiannya bertukar ke Sek Keb Assunta, Kuantan pada 9 September, 1981. Sementara menunggu Guru Besar baru, Guru Penolong Kanan, En Abdul Hamid b Ali (dari SK Batu Lapan, Kuantan) telah memangku jawatan tersebut sehingga 31 December, 1981. Untuk maklumat selanjutnya, sila lihat 1981 : Staf Perintis SKBS. Perintis SKBS merupakan 9 staf academik (termasuk 2 pentadbir) dan 5 staf bukan akademik. Seterusnya, pada 4 Jun 1983, institusi ini telah dibuka secara rasmi oleh Encik Abdullah, wakil Menteri Besar Pahang. Untuk keterangan lanjut, sila lihat Pembukaan Rasmi Sekolah Kebangsaan Bukit Sekilau.

Sunday, August 1, 2010

Pembalakan Haram

Hutan sering dipandang punca pendapatan dan kekayaan untuk manusia. Dahulu manusia dianggap kaya jika mempunyai tanah yang luas. Kini, tanah yang dipenuhi kayu hutan seperti kayu cengal, meranti dan sebagai adalah buruan pihak pembuatan perabot kerana harganya yang mahal. Hutan memberi 1001 khasiat dan faedah kepada manusia. FRIM pernah mengeluarkan kenyataan bahawa hanya 10% hasil hutan yang telah diuji. Tongkat Ali, Kemuning dan Kacip Fatimah merupakan sebahagian hasil hutan yang berjaya dikomersilkan.Malah, ahli saintis dari Eropah pernah mengakui bahawa ubat untuk kanser dan AIDS kemungkinan boleh didapati dari hutan. Tambahan itu, hutan merupakan habitat untuk pelbagai jenis haiwan. Haiwan yang tidak pernah dikaji.

Jika pembalakan haram tidak dikawal. Suhu bumi akan meningkat. Walaupun, tumbuhan membebas carbon dioksida tetapi ia juga memerlukan gas tersebut ketika proses fotosintesis. Pemanasan global akan memberi kesan buruk kepada manusia. Penghasilan oksigen akan berkurangan. Ini akan mengakibatkan lapisan ozon menipis. Apabila lapisan ozon menipis, kawasan berais di kutub Utara dan Selatan akan mula mencair. Pencairan ais ini akan menenggelamkan hampir 10% daripada kawasan yang didiami manusia.Perubahan cuaca akan terjadi pada semua negara. Keadaan menjadi kacau bilau. Suhu sejuk dan panas akan  melampau. Ramai manusia dijangka akan terbunuh akibat perubahan cuaca.
Ketika kami mendaki Bukit Sekilau, sejuk dan nyaman sekali. Pelbagai jenis pokok hutan. Ada di antara kami digigit pacat daun.Keadaan yang curam membuatkan kami tergolek dan menggelonsur ke bawah
Walaupun begitu banyak halangan yang kami harungi, kami amat berharap kawasan hutan di Bukit Sekilau akan dijaga oleh berkuasa dan ditelan oleh arus kemodenan.