Hutan sering dipandang punca pendapatan dan kekayaan untuk manusia. Dahulu manusia dianggap kaya jika mempunyai tanah yang luas. Kini, tanah yang dipenuhi kayu hutan seperti kayu cengal, meranti dan sebagai adalah buruan pihak pembuatan perabot kerana harganya yang mahal. Hutan memberi 1001 khasiat dan faedah kepada manusia. FRIM pernah mengeluarkan kenyataan bahawa hanya 10% hasil hutan yang telah diuji. Tongkat Ali, Kemuning dan Kacip Fatimah merupakan sebahagian hasil hutan yang berjaya dikomersilkan.Malah, ahli saintis dari Eropah pernah mengakui bahawa ubat untuk kanser dan AIDS kemungkinan boleh didapati dari hutan. Tambahan itu, hutan merupakan habitat untuk pelbagai jenis haiwan. Haiwan yang tidak pernah dikaji.

Ketika kami mendaki Bukit Sekilau, sejuk dan nyaman sekali. Pelbagai jenis pokok hutan. Ada di antara kami digigit pacat daun.Keadaan yang curam membuatkan kami tergolek dan menggelonsur ke bawah
Walaupun begitu banyak halangan yang kami harungi, kami amat berharap kawasan hutan di Bukit Sekilau akan dijaga oleh berkuasa dan ditelan oleh arus kemodenan.